Saturday, August 20, 2022

by - admin@pk.kokum

Informasi Aktiviti Sukan Bola Sepak
SK Lahad Datu III 
Sepanjang Tahun 2023 / 2024

JK Unit Kokurikulum Tahun 2023 / 2024

Organisasi Sukan & Permainan
( Sukan Bola Sepak)
Tahun 2023 / 2024







Mesyuarat Agung Unit Sukan & Permaninan  Sesi 2023/2024             
Tarikh   :    5.April .2023
Masa     :    6.50 - 7.50 Pagi (Rabu)
Tempat  :    Bilik Darjah SK Lahad Datu III


Mesyuarat Agung Sukan Bola Sepak Bil.1/2023/2024


Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSDLD  Kelolaan SK Lahad Datu III 2023           
Tarikh   :    13-15 Jun 2023
Masa     :    7.30 - 5.00 Petang
Lokasi   :    Padang SK Lahad Datu III dan Padang SK Sepagaya Lahad Datu


SK Lahad Datu III telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Kejohanan Bola Sepak MSSDLD  Bawah 12 Tahun dekat sini hari ini. Kejohanan tersebut telah berlangsung dari 13 Jun hingga 15 Jun 2023. 
        Seramai 16 buah sekolah rendah sekitar daerah Lahad Datu telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Dalam kejohanan bola sepak bawah 12 tahun kali ini, SK Lahad Datu III sebagai tuan rumah telah berjaya menjuari kejohanan , diikuti oleh SK Lahad Datu II sebagai naib juara dan tempat ke-3 pula disandang oleh SK Pekan Lahad Datu.
        Antara objektif utama Kejohanan Bola Sepak MSSDLD bawah 12 tahun diadakan adalah untuk mencari bakat murid-murid untuk mewakili pasukan bola sepak bawah 12 tahun daerah ke kejohanan di peringkat negeri.
        Dr. Rosdah Herawaty Hamid selaku guru besar SK Lahad Datu III merakam ucapan tahniah kepada pasukan yang telah berjaya mendapat tempat dalam kejohanan kali ini. Beliau juga memaklumkan penganjuran kali ini merupakan julung-julang kali dilaksanakan oleh pihak SK Lahad Datu III sebagai tuan rumah kejohanan.
        Kejohanan Bola Sepak MSSDLD bawah 12 tahun 2023 telah dirasmikan oleh wakil PPD, En. Ridwan Dahlan selaku Penolong Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid.
Pasukan Bola Sepak Yang Layak Ke Peringkat Akhir

Dr. Rosdah Herawaty Hamid Guru Besar SK Lahad Datu III Menyampaikan 
Cenderamata Kepada En.Ridwan Dahlan Penolong Pegawai PPDLD Unit Pembangunan Murid


  
          Penjaring Terbanyak Kejohanan                                                               Pemain Terbaik Kejohanan



Sedutan Perlawanan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun 2023
    
Peringkat Akhir Bola Sepak Bawah 12 Tahun


    
Pasukan SK Lahad Datu III Menerima Piala Kejuaraan


           
                             Perlawanan Separuh Akhir                                           Perlawanan Separuh Akhir
                    SK Lahad Datu III VS SK Sahabat II             SK Lahad Datu III VS SK Sahabat II



Informasi Aktiviti Sukan Bola Sepak
SK Lahad Datu III 
Sepanjang Tahun 2022 / 2023



AJK Sukan & Permainan Bola Sepak SK Lahad Datu III
Tahun 2022



 i.   Bola Sepak


SK Lahad Datu III merupakan salah sebuah sekolah rendah yang mempunyai enrolmen pelajar yang agak besar iaitu kira-kira 988 orang murid. Sekolah ini telah mencapai pelbagai kejayaan terutamnya dalam beberapa jenis bidang sukan. Melihat kepada aspek kebitaraan sekolah, sekolah ini memilih sukan bola sepak sebagai  salah satu usaha untuk membangunkan aspek kecemerlangan sukan bersesuaian dengan pencapaian yang berjaya diraih sebelum ini . Program pembangunan sukan bola sepak yang dilaksanakan , bermatlamat untuk mengangkat dan mencemerlangan keupayaan dan kemahiran murid untuk mewakili sekolah sama ada di peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan.

        Dengan program strategik yang berjalan dan dirancang untuk tahun-tahun mendatang, SK Lahad Datu III yakin akan terus mengorak langkah dalam mencipta lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan, khasnya dalam  sukan bola sepak........ [ sila klik link untuk memperolehi informasi lebih lanjut ]

Antara Pasukan Bola Sepak Yang Pernah Dibentuk Mewakili Sekolah




Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Lahad Datu Tahun 2022

Tarikh        :     9 - 21 Julai 2022
Tempat       :    Kolej Vokasional, Lahad Datu
Pencapaian :    Penyertaan Peringkat Daerah

Kejohanan Bola Sepak   MSS Daerah Lahad Datu Tahun 2022 telah berlangsung di Padang Utama Kolej Vokasional Lahad Datu . Kejohanan tersebut melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Lahad Datu.
                  SK Lahad Datu III telah menghantar dua pasukan iaitu Team A dan Team B untuk bertanding dalam kejohanan tersebut. Di samping untuk bertanding dalam kejohanan tersebut, pasukan bola sepak SK Lahad Datu III juga menghantar pasukan di kejohanan tersebut bagi tujuan pendedahan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran bola sepak. Ianya juga termasuk bagi memberi peluang seramai mungkin  murid-murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
                    Sebelum menyertai pertandingan tersebut, team bola sepak sekolah telah diberi latihan yang sewajarnya oleh guru-guru (jurulatih bola sepak sekolah) bagi persiapan sebelum kejohanan tersebut bermula.
                  Harapan pihak sekolah agar pasukan bola sepak SK Lahad Datu III ini akan terus mengorak langkah ke hadapan untuk mencipta kejayaan demi kejayaan di masa-masa mendatang. Di samping bagi melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berbakat di kalangan murid-murid SK Lahad Datu III.


Link / Pautan Video
   
                             
   SK Lahad Datu III VS SK Pekan LD (B)                                           SK Lahad Datu III VS SK Batu 6 1/2

                       

         SK Lahad Datu III VS SK Pekan LD (A)                                    SK Lahad Datu III(AVS SK Batu 6 1/2

         

             SK Lahad Datu III (B)VS SK Pekan LD



Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSS Negeri Sabah Tahun 2022
Tarikh        :     6 - 8  Ogos 2022
Tempat       :    Daerah Beluran
Pencapaian :    Penyertaan Peringkat Negeri

Cikgu Solehan dan 2 Orang Pemainan SK Lahad Datu III 
Serta Team Bola Sepak MSS Daerah Lahad Datu

Tarikh         :   14 - 15 September 2022
Acara           :  Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League -MiLL) 12TKB  LD
Tempat        :   Padang SK Lahad Datu II & Padang SK Sepagaya Lahad Datu
Pencapaian  :   Penyertaan Peringkat Daerah

          Liga Tunas Malaysia ( Malaysia Little League- MiLL) 12 TKB peringkat Daerah Lahad Datu telah berlangsung dekat sini. Liga Tunas bola sepak 12 TKB tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 14 September. 2022.
             Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam liga tunas tersebut, antaranya SK Pekan Lahad Datu, SK Sri Darun, SK Silam, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 2, SK Fajar Harapan, SK Bikang, SK Lahad Datu II, SK Sepagaya, SK Lahad Datu III, SK ST.Dominic dan SK Unico Desa.
              Pasukan bola sepak SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan di kejohanan liga tersebut. Antara sasaran utama penyertaan di liga tersebut adalah untuk kemahiran  murid-murid dalam permainan bola sepak. Di samping itu  juga, ianya  merupakan sebahagian daripada program pembangunan bakat  murid dalam sukan bola sepak yang telah dirancang oleh Sukan & Permainan Bola Sepak di peringkat sekolah.
              Semoga dengan usaha-usaha seumpama ini serta inisiatif  yang dilakukan secara berterusan, sukan bola sepak SK Lahad Datu III akan mencapai kecemerlangan di suatu hari kelak.
Team Bola Sepak SK Lahad Datu III VS Team Bola Sepak SK Bikang
       


Liga Tunas Malaysia (Malaysia Little League -MiLL) 12TKB 
Peringkat Daerah Lahad Datu
(     
Tarikh   :     14 - 15 September 2022
Tempat  :     Padang SK Lahad Datu II & Padang SK Sepagaya Lahad Datu

          Liga Tunas Malaysia ( Malaysia Little League- MiLL) 12 TKB peringkat Daerah Lahad Datu telah berlangsung dekat sini. Liga Tunas bola sepak 12 TKB tersebut telah diadakan selama 2 hari bermula 14 September. 2022.
             Sebanyak 12 pasukan telah mengambil bahagian dalam liga tunas tersebut, antaranya SK Pekan Lahad Datu, SK Sri Darun, SK Silam, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 2, SK Fajar Harapan, SK Bikang, SK Lahad Datu II, SK Sepagaya, SK Lahad Datu III, SK ST.Dominic dan SK Unico Desa.
              Pasukan bola sepak SK Lahad Datu III telah menghantar satu pasukan di kejohanan liga tersebut. Antara sasaran utama penyertaan di liga tersebut adalah untuk kemahiran  murid-murid dalam permainan bola sepak. Di samping itu  juga, ianya  merupakan sebahagian daripada program pembangunan bakat  murid dalam sukan bola sepak yang telah dirancang oleh Sukan & Permainan Bola Sepak di peringkat sekolah.
              Semoga dengan usaha-usaha seumpama ini serta inisiatif  yang dilakukan secara berterusan, sukan bola sepak SK Lahad Datu III akan mencapai kecemerlangan di suatu hari kelak.



Pasukan Bola Sepak SK Lahad Datu III VS  SK Bikang




Rakaman Video SK Lahad Datu III VS  SK Bikang


by - admin@pk.kokum Informasi Aktiviti Sukan Bola Sepak SK Lahad Datu III  Sepanjang Tahun 2023 / 2024 JK Unit Kokurikulum Tahun 2023 / 2024...